Sekolah Kebangsaan Ayer Papan siap dibina pada tahun 1951.Orang yang bertanggungjawab memajukan sekolah ini ialah Allahyarham En. Abdul Hamid b. Said. Beliau adalah pengasas Sekolah Kebangsaan Ayer Papan dan banyak menabur baktinya kepada sekolah.
Allahyarham En. Abdul Hamid b. Said merupakan guru besar Sekolah Kebangsaan Ayer Papan yang pertama yang memulakan tugasnya di sini pada 7 Januari 1951. Tempoh perkhidmatannya di sekolah ini adalah selama 15 tahun. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Pn. Hasnah bt. Abd Ghafar. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata lelaki dan seorang cahayamata perempuan.
Sebelum berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Ayer Papan, beliau bertugas sebagai guru besar di Sekolah Rendah Batu 9. Apabila bangunan SK Ayer Papan siap dibina, beliau telah berpindah ke sini dan Sekolah Rendah Batu 9 ditutup. Semasa berkhidmat di SKAP, beliau sekeluarga tinggal di rumah guru yang terletak berhampiran sekolah.
Sepanjang perkhidmatan beliau di SKAP, Allahyarham En. Abd. Hamid b. Said merupakan seorang guru yang tegas. Namun, beliau mudah mesra dengan penduduk kampung. Beliau juga bergiat cergas dan banyak melibatkan diri dengan aktiviti sosial yang dijalankan oleh masyarakat kampung.
Allahyarham banyak membuat pembaharuan kepada penduduk kampung, terutamanya dalam bidang pelajaran. Ini memandangkan hasrat beliau yang ingin melihat kemajuan kepada anak didiknya.
Pada 31.12.1966, Allahyarham En. Abd. Hamid b. Said telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Malim Nawar. Di sana, beliau meneruskan perkhidmatannya sehingga bersara. Semasa berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Malim Nawar ini, beliau tinggal di Gunung Mesah, Gopeng.
Kini, Allahyarham En. Abd Hamid b. Said telah kembali ke rahmatullah. Walaupun beliau telah tiada, namun segala jasa dan bakti beliau tetap dikenang dan masih segar di ingatan orang-orang yang pernah bersama sewaktu hayat beliau.